in

Jawatan Kosong Guru Mara 2018 Online Gred DG41

Jawatan kosong guru 2018 (Majlis Amanah Rakyar) Disini kami kongsikan sedikit maklumat jawatan kosong Guru MARA 2018 gred DG41. yang baru saja dikeluarkan borang permohonannya, Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mac 2018 ini.

Berikut adalah maklumat jawatan kosong tersebut.

JAWATAN KOSONG GURU MARA 2018 ONLINE

Jawatan kosong ini terbuka kepada semua pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda seperti berikut:

  • Degree in Food Science Technology
  • Degree in Food Engineering
  • Degree in Food Management
  • Degree in Pharmacy

Keutamaan juga akan diberi untuk calon yang mempunyai pengalaman berkaitan kursus-kursus dan pematuhan HALAL.

Gaji yang ditawarkan adalah mengikut gred DG41 bermula dari RM2,188 sehingga maksimum RM9,522.

Antara subjek yang ditawarkan adalah:

  • Food Science Technology
  • Food Engineering
  • Food Management
  • Pharmacy

Jawatan yang ditawarkan berstatus kontrak dan tetap di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan untuk memohon jawatan kosong Guru MARA 2018 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Kelayakan akademik minimum di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik / satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris;
  • Pemohon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dan permohonan jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang dimohon;
  • Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon
  • Sihat Fizikal dan Mental;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi
  • Mempunyai bakat dan kebolehan seperti bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain;
  • Bebas dari tindakan undang-undang atau salah laku jenayah; dan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 MAC 2018

CARA-CARA MEMOHON

Tarikh tutut permohonan adalah pada 30 Mac 2018. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui portal rasmi MARA.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

  1. Hartini binti Mustaffa – 0326134425
  2. Mohd Faizal bin Drahman – 0326134431

Atau emel ke infobsm@mara.gov.my.

Sumber Rujukan : Mara Vacancy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *