in

Permohonan Biasiswa Fair & Lovely 2018 Online


Permohonan Biasiswa Fair & Lovely 2018 secara online untuk anda. Buat semua mahasiswi yang sedang menduduki diploma atau ijazah sarjana muda di universiti-unicersiti terpilih, anda boleh mohon online Biasiswa Fair & Lovely 2018

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 March 2018

Biasiswa ini adalah anjuran Unilever (Malaysia) Holdings.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pemberian biasiswa tersebut beserta syarat kelayakan dan cara membuat permohonan online.

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018

  • Biasiswa F&L dibuka untuk semua warganegara Malaysia tidak kurang dari 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam Kempen ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah.
  • Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Anda dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum menyertai Kempen ini dan perlulah mengemukakan kebenaran tersebut.
  • Permohonan biasiswa Fair & Lovely 2018 terbuka kepada semua siswi warga Malaysia yang sedang menduduki diploma atau ijazah sarjana muda di universiti tempatan terpilih, dan juga siswi yang telah mendaftar sebagai pelajar secara rasmi sebelum 31 Mac 2018, kecuali siswi yang sedang menduduki semester terakhir, semasa Kempen ini berlangsung.
  • Hanya 40 (empat puluh) Penerima biasiswa akan dipilih di kalangan 7 (tujuh) universiti yang memperoleh undi terbanyak selepas tamat Tempoh Kempen.

UNDIAN PEMENANG F&L

  • Untuk makluman, hanya pemohon-pemohon daripada 7 (tujuh) universiti dengan undi terbanyak akan terpilih untuk menerima biasiswa.
  • Oleh itu, bagi mencerahkan peluang untuk menerima biasiswa, sesiapa sahaja digalakkan untuk mengundi dengan mengkongsikan posting khusus yang disediakan bagi universiti-universiti yang terlibat.
  • Untuk undi universiti anda, layari F&L Biasiswa
  • Warga siswi dari universiti dengan undi terbanyak layak menerima Biasiswa Fair & Lovely 2018 bernilai RM5,000 dalam bentuk cek.

Penerima Biasiswa Fair & Lovely juga akan mendapat kelebihan-kelebihan berikut:

1. Menjadi ahli komuniti maya Fair & Lovely:

2. Diutamakan dalam sesi temu duga posisi pelatih praktikal di Unilever Malaysia:

3. Mendapat maklumat terkini tentang peluang latihan praktikal dan sesi perkongsian eksklusif.

Universiti Yang Terlibat Dalam Pertandingan Ini :

Berikut ialah universiti-universiti yang telah dipilih oleh Penganjur di mana warga siswinya layak
untuk menerima Biasiswa Fair & Lovely:

  • Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPG)
  • Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO)
  • Kolej Islam Antarabangsa (KIA)
  • Kolej Poly-Tech Mara, Bangi (KPTM Bangi)
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
  • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  • Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM)
  • Kolej Yayasan Melaka (KYM)
  • Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
  • Politeknik Kota Bharu (PKB)
  • Politeknik Merlimau Melaka (PMM)
  • Politeknik Muadzam Shah, Pahang (PMS)
  • Politeknik Port Dickson (PPD)
  • Politeknik Seberang Perai (PSP)
  • Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS)
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Selangor, Shah Alam (UNISEL)
  • Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

Kami di portal permohonan.net hanya berkongsi secara ringkas sahaja tentang Pertandingan Biasiswa F&L ini, sebarang maklumat lanjut anda boleh rujuk : F&L Biasiswa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *